Jumaat, 19 Jun 2009

Mulakan Dgn Ceria!

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :
“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”



Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN
BAGUS

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya
MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak
MENGADA-NGADA

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik
kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.




Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.
Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”


Diterima dari : Lin Razlyn (razlyn_lin@yahoo.com)

Renungan: Manfaatkan Penulisan Blog Untuk Perjuangan Islam

GOMBAK, 8 Mei (Hrkh) - Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.
“Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog,” tegas beliau.
Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.
Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.
”Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.
“Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.
“Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda,” katanya.
Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.
- Abdul Aziz Atiqullah (blog admin)

Sama2 kita jauhi perangai2 Iblis

Assalaamu’alaikum w.b.t….. Iblis sudah terkenal / popular di kalangan umat manusia sebagai musuh nombor 1 dan musuh bagi setiap individu. Walaupun ada juga sesetengah manusia yang menjadi kawan iblis tanpa disedari, tetapi hakikatnya dia adalah musuh ketat anak Adam, dan dia sendiri telah mengisytiharkannya. Iblis merupakan sejahat2 makhluk yang telah merosakkan jiwa dan raga anak cucu Nabi Adam a.s dari dulu hingga kini. Kita sebagai manusia sepatutnya mengelakkan diri dari bersifat dan berperangai dengan perangai Iblis. Tetapi dalam sedar tidak sedar, kita juga kadang kala berperangai dengan perangainya, na’uzubillah.
Maka sebaiknya kita tahu tentang perangai2 Iblis yang utama yang mana telah menyebabkannya dilaknat oleh Allah S.w.t dan telah dihalau keluar dari syurga dan diubah wajahnya menjadi seburuk kejadian. Dan bukan setakat kita perlu tahu, tetapi sama2 lah kita cuba jauhkan dari berperangai dengan perangai Iblis.
Untuk mengetahui perangai2 Iblis terutamanya perangai2 yang terawal yang ditonjolkan sendiri oleh Iblis, mari kita telusuri sedikit sejarah mengenainya. Perangainya mula berubah dari satu makhluk yang sentiasa beribadah kepada Allah kepada mula menentang Allah sejak mulanya diciptakan Nabi Adam a.s.

Hasad dengki
Sejak mula2 Allah ciptakan Nabi Adam a.s, Iblis telah mula timbul perasaan hasad dalam dirinya, yang mana merasakan cemburu yang teramat terhadap makhluk yang hanya diciptakan dari tanah tetapi telah dimuliakan oleh Allah S.w.t. Bahkan Allah telah memerintahkannya agar sujud hormat kepada makhluk yang bernama Adam tersebut. Dia merasa terhina, bagaimana dia yang diciptakan dari api (yang disangkakannya lebih mulia) perlu sujud hormat kepada manusia yang hanya diciptakan dari tanah.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.” Surah Al A’raaf : Ayat 11-12
Maka setelah Allah menempatkan Nabi Adam a.s di dalam syurga , dan kemudiannya Adam bersama Hawa, maka mula lah Iblis merancangkan niat jahatnya untuk menjadikan Adam dimurkai Allah. Maka dengan hasad dengki yang ada padanya itu dia cuba untuk menghasut Hawa agar memujuk Adam memakan buah khuldi, yang mana Allah telah melarang Nabi Adam dan Hawa dari memakannya.
Itulah keburukan yang timbul dari perasaan hasad dengki, bukannya mahu menumpang gembira dengan kesenangan orang lain, tetapi merasa benci melihat orang lain senang dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan apa cara sekali pun. Sama2 kita jauhi sifat hasad dengki ini. Jika kita merasakan bahawa kita ada mempunyai rasa tidak puas hati dengan orang lain dan cuba menjatuhkannya semata2 kerana hal peribadi, maka hati2 lah. Tetapi kita perlu juga tahu menilai mana dia hasad dengki dan mana dia melaksanakan tuntutan agama dan demi menegakkan syiar Islam.
Hasad dengki biasanya semata2 kerana hal peribadi, dan tidak bersangkut paut untuk menegakkan Islam dan memperbaiki keadaan masyarakat. Dan hasad dengki sudah tentu lahir dari kerana nafsu yang bergejolak, yang tidak puas hati tengok orang lain senang dan mahu menjatuhkannya semata2 kerana mahu memuaskan hati kita dan merasakan nikmat sepertimana orang yang dihasadkan itu.

Takabbur / sombong
Setelah Iblis engkar terhadap perintah Allah agar sujud hormat kepada Adam a.s, dia terus menerus menyombongkan diri. Langsung tidak mahu cuba untuk bertaubat dan memohon ampun dari Allah. Dia terus merasakan bahawa dia itu sangat mulia sedangkan Adam itu hina. Dia merasakan martabatnya lebih tinggi dari Adam , mana mungkin dia mesti sujud hormat kepada Adam.
Peristiwa tentang kesombongan ini difirmankan oleh S.w.t , “Dan (ingatlah) ketika KAMI berfirman kepada Malaikat:’sujudlah kamu semua kepada Adam, Lalu mereka sujud, kecuali Iblis, Dia (iblis) berkata: apakah aku akan sujud kepada orang yang ENGKAU ciptakan dari tanah ?” Surah Al-Isra : Ayat 61
“Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”. Surah Al A’raaf : Ayat 13
Menurut Imam Al-Ghazali, diantara yang menjadi sebab timbulnya sifat Takabur pada diri seseorang atau kelompok adalah kerana Harta dan Kedudukan Dunia, Ilmu pengetahuan, keturunan atau silsilah, kekuatan atau ketangkasan, banyak pengikut, punya penolong atau kerabat, keindahan fisikal dan sebagainya.
Maka berhati-hatilah kita dari bersifat sombong / takabbur. Orang2 kaya jangan takabbur dengan harta2nya, orang2 cerdik pandai dan ulamak jangan takabbur dengan ilmunya, orang yang berpangkat jangan takabbur dengan pangkatnya, orang yang ramai pengikut jangan takabbur dengan pengaruhnya, orang yang kuat jangan takabbur dengan kegagahannya, orang yang cantik dan lawa jangan takabbur dengan paras rupanya, dan seumpamanya.

Dendam
Iblis telah bersumpah dimana dia akan cuba menyesatkan anak Adam dari jalan kebenaran sehingga ke Hari Kiamat. Ini sebagai dendamnya terhadap Adam yang menyebabkannya telah tersingkir dari syurga dan dilaknati oleh Allah S.w.t. Dendamnya bukan setakat 3 keturunan, bukan setakat 7 keturunan, tetapi semua keturunan anak Adam didendaminya.
Maka tidak perlulah kita berdendam dengan orang lain, yang lepas itu lepas lah. Semuanya adalah UJIAN buat kita juga, Allah nak uji setakat mana kesabaran kita. Alangkah manisnya jika semua orang mempunyai sifat pemaaf lebih2 lagi terhadap dosa2 yang tidak disengajakan dan perkara2 kecil.

Menghasut manusia ke arah kejahatan
Penghasutan pertama berlaku di dalam syurga lagi, iaitu peristiwa Iblis menghasut Hawa agar memujuk Adam memakan buah khuldi. Dan hasutan itu berjaya yang menyebabkan Allah murka kerana mereka berdua telah melanggar larangan Allah. Akibatnya mereka berdua telah diturunkan ke dunia ini sebagai hukuman. Tetapi kita perlu ingat, walaupun Adam a.s telah melanggar perintah Allah itu, tetapi dia telah bertaubat dan taubatnya itu telah diterima oleh Allah. Sedangkan Iblis sampai cerah tidak bertaubat dan tidak memohon ampun pun.
“Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,” Surah Al A’raaf : Ayat 16
“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)”.” Surah Al A’raaf : Ayat 20
Ada satu peristiwa di zaman nabi Musa a.s di mana Iblis cuba untuk memohon ampun dengan memujuk Nabi Musa a.s agar memohon kepada ALlah. Tetapi setelah Allah perintahkan Iblis agar sujud hormat di kubur Nabi Adam a.s, sebagai syarat untuk dia bertaubat, Iblis tetap berkeras tidak mahu dan terus menjadi makhluk yang engkar. Dan Iblis sehingga kini dan sampai kiamat akan menghasut manusia agar melakukan kejahatan.
Maka jangan lah kita ikut perangai tersebut, iaitu mengajak manusia melakukan kejahatan dan membuat kerosakan. Sebagai contoh mengajak orang lain pergi berjudi, minum arak, berzina, tengok video lucah, hisap dadah, pukul orang, mengganggu ketenteraman awam, mengapi2 kan kemarahan orang terhadap orang lain dan sebagainya.
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo′alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al A’raaf : Ayat 56

Tidak bersyukur
Iblis yang dulu nya diberi kenikmatan berada di dalam syurga, tetapi dia tidak bersyukur dengan kurnia Allah itu dan memilih untuk menentang Tuhan hanya kerana disuruh agar sujud hormat kepada Adam. Dia lupa segala nikmat yang dikurniakan ke atasnya sebelum itu. Dia lupa bahawa Allah telah mengangkat darjatnya dahulu di kalangan para malaikat. Dia telah menjadi makhluk yang tidak bersyukur.

Dan macam2 lagi
Setelah Iblis berkubu di muka Bumi ini, maka macam2 lagi lah perangainya yang mana telah diajar skil2 kepada Anak cucu Nabi Adam a.s untuk melakukannya juga. Kalau nak tahu, perangai2 yang diharamkan dalam Islam tu adalah perangai2 Iblis lah, senang cerita :)

Kesimpulan
Setelah kita mengenali dan menghayati perangai2 Iblis ini, jangan pula kita dengan mudah melabelkan orang itu orang ini dengan perangai Iblis. Peringatan ini bukannya untuk kita melabelkan orang itu orang ini, tetapi peringatan ini ditujukan kepada kita sendiri, agar kita jauhi perangai2 yang tersebut ini. Muhasabah lah diri kita, sentiasa ingatkan diri kita dengan perangai2 Iblis ini. Jangan hanya pandai tuding jari pada orang lain. Nasihat untuk diri saya belaka juga ni, jangan merasakan kita sahaja yang betul dan paling baik.
Sebelum mengakhiri tulisan kali ini , mari sama2 kita renung2kan maksud ayat2 AlQuran di bawah ini;
“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” Surah Al Hujuraat : Ayat 9 – 12

Tips berhadapan dgn bos yg cerewet.

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawabdalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh.
Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya.
Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?
Disebabkan saya pernah ada boss yang memang cerewet sebelum ini,maka kali ini, saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapatberhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe
1. Rileks kan diri dan tenangkan hati
Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita.
Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu.
Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!
2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss
Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.
Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya.
Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer.
Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya.
Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.
Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.
3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan
Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan.
Maksud saya, contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapanpada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.
Saya ada pengalaman manis dalam hal menyiapkan kerja, lebih daripadaapa yang boss harapkan. Sehingga saya telah dipuji oleh boss semasaperhimpunan pagi di depan pekerja-pekerja lain. Aduh kembang hidung saya masa tu. So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN!
4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja.Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.
Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita.
So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.

5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss
Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya.Kita pun banyak juga perangai buruk.
Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.
Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan.
Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang yang cerewet macam tu?

Adakah kita terlalu sempurna?

Assalaamu’alaikum w.b.t…. Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sesuai dengan ayat yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “ – Surah At-Thiin : Ayat 4 . Tetapi tidak semuanya baik dari segi perangai hehe. Macam-macam perangai kita semua ni, dan biasanya kita tidak akan perasan dengan perangai kita sendiri. Kerana apa? Kerana kita selalunya perasan diri kita baik2 belaka, orang lain lah yang buruk2 tu.
Dengan hanya perasan diri kita sahaja yang baik, maka sifat2 buruk yang ada pada diri kita akan terlindung, terhijab dari mata hati kita. Ditambah lagi dengan bisikan musuh tradisi kita di alam ghaib sana. Maka semakin kita ta’asub dan merasa bahawa kita sahaja yang baik. Lebih-lebih lagi jika kita dikurniakan sedikit ilmu, termasuk lah ilmu agama. Maka dengan mudahnya kita akan merendah2 kan orang lain yang kita nampak ada kekurangan dan kelemahan.
Kita lupa bahawa kita juga digelar ‘insan’ iaitu ‘pelupa’ dan selalu lupa. Dan kita lupa pada hadith yang bermaksud “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik2 orang bersalah ialah orang yang bertaubat“. Biasanya apabila kita menghukum seseorang akibat kesalahannya, kita terus menghukumnya tanpa belas kasihan. Kita terus meletakkan kesalahan padanya tanpa mengira apa tujuan kita yang sebenarnya. Bagi kita, rekod orang itu telah buruk kerana melakukan kesalahan, maka kita terus save rekod tersebut tanpa memikirkan sama ada orang itu sudah bertaubat atau belum atau akan bertaubat kemudiannya insyaAllah.
Begitu lah kalau hati sudah busuk, dan makin membusuk tanpa disedari. Tiada lagi hikmah, tiada lagi kelembutan, tiada lagi tawadhuk dan sifat kesian belas sesama manusia. Yang tinggal hanya kebencian dan kemarahan, serta terus merasa diri ini baik dan tiada keburukan langsung.
Ada juga yang terlalu ta’asub dengan agama, sehinggakan mudah mengkafirkan orang lain, mudah mengatakan orang itu adalah ahli neraka, umpama kita pulak pemilik syurga itu ih ih ih. Ingatlah, berlebih2an atau GHULUW itu amat dilarang dalam agama. Ghuluw dalam agama adalah yang paling dilarang dalam Islam. Kerana dengan Ghuluw la mudah menyebabkan kehancuran, perbalahan, perselisihan faham, memburukkan nama Islam dan seumpamanya. Lebih2 lagi jika masing2 EGO dengan pendapat masing-masing. Maka tiada lagi tujuan sebenar dalam berdakwah. Tiada lagi perasaan kasih sayang sesama manusia sepertimana dakwah para nabi terhadap umat2nya. Yang tinggal sekarang hanya dakwah EGOISTIK, dakwah menunjuk2, dakwah melepaskan kemarahan semata2, na’uzubillah.
Nasihat ini ditujukan juga kepada diri saya. Dan jika ada yang ingin mengatakan bahawa saya juga Ghuluw, saya juga berdakwah dengan kekerasan , maka silakan lah. Memang saya akui banyak juga kesilapan saya, sepertimana yang telah banyak disebut di tulisan2 yang lepas, saya juga banyak melakukan kesilapan. Memang tidak lari gunung dikejar punya. Tetapi mungkin ada juga tulisan2 saya yang menimbulkan salah faham orang, dan tak diakui aku jugak banyak salah faham pada tulisan2 orang lain huhu. Biasa la tu, nama dah manusia kan, so saling tegur menegur lah kita. So ambe terima saja lah jika ada teguran2 buat ambe, x guna jugak aku melenting, aku jugak yang susah keh3
Saya sedia mengaku kesilapan2 saya, tetapi adakah anda juga sedia mengaku kesilapan2 anda? Adakah anda sedia mendengar jika seseorang menegur anda? Nak tahu mari la cuba try test. Tengok melenting ke tidak anda. Kalau melenting tu maknanya ada lah 2 3 ekor jin yang tersumbat kat tubuh anta / anti tu
Salah faham akan sentiasa timbul selagi masing2 EGO dengan kebendulan masing2. Dan terlalu melebih2 dalam berdakwah dan seumpamanya. Kan nabi dah sebut yang bermaksud “Sebaik2 perkara adalah pertengahannya” , tak begitu? Kalau dah terasa HOT tu, atau naik bulu roma tu tak ada lain la tu, semuanya angkara makhluk2 halus tu mahu menghancurkan kita, terutamanya iman kita.
Sebab itu Saidina Omar akan lari dari menghukum seorang Yahudi yang mengejek2 nya, kerana dia tahu tidak guna dia cari pasal dengan Yahudi tu semata2 kerana kemarahan peribadi , bukan marah kerana Allah. Maka sabar amat penting, tak perlu nak tunjuk2 pandai, tak ada siapa nya yang nak puji kita kalau kita menunjuk2. Tak dapat duit pun, tak dapat award pun. Dapat dosa ada laaa
Memang panjang lagi yang hendak ditulis, tetapi cukup setakat ini dulu. Mohon maaf andai ada yang terasa. Ini tidak lain adalah peringatan bersama termasuklah tukang tulis yang serba kureng ini. Semoga memberi manfaat bersama. Jazaakallahu khoirol jazaa’, baarokallahu lakum